Wednesday, November 23, 2011

DEDAH AURAT DAN ZINA MATA


AWAS!!!

DEDAH AURAT DAN ZINA MATA




Umat Islam hari ini, khususnya wanita sudah meninggalkan ajaran ISLAM yang sebenar yang berpandukan dari Al-Quran dan Sunnah (Hadis). Yang diwasiatkan kepada umat Islam daripada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Dalam sabdanya yang bermaksud ““Aku tinggalkan kepada kamu DUA perkara iaitu AL-QURAN dan SUNNAHKU  maka hendaklah kamu BERPEGANG TEGUH dan MENGAMALKAN  kedua-duanya agar kamu TIDAK akan SESAT untuk selama-lamanya (hingga hari KIAMAT)”.

Tetapi umat Islam INGKAR!!!!

Allah SWT berfirman dalam Al-Baqarah, ayat 99.
yang bermaksud (99)“ Dan sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tidak ada yang ingkar (Kufur/kafir) melainkan orang-orang yang FASIK ( Curang/Derhaka).”

Allah SWT berfirman dalam Al-Baqarah, ayat 231.
yang bermaksud (231)“ Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah sebagai permainan; dan ingatlah nikmat Allah padamu; dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu iaitu Al-kitab (Al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah).”

Allah SWT berfirman dalam Al-Kahfi, ayat 103 hingga 106.
yang bermaksud :
(103)“Katakanlah;” Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?”.
(104) “ Iaitu orang-orang yang telah sia-siakan perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.”
(105) “ Mereka itu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Allah(tidak beriman kepada Akhirat). Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.”
(106) “ Demikianlah balasan mereka itu neraka jahannam, disebabkan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan rasul-rasulKu sebagai olok-olok.”

Allah SWT berfirman dalam Al-ARaaf, ayat 26.
yang bermaksud (26)“ Hai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan) untuk pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian TAKWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.

Allah SWT berfirman lagi dalam Al-Ahzaab, ayat 59.
yang bermaksud (59) “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka (ketika mereka keluar)”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Allah SWT berfirman lagi dalam An-Nur, ayat 30 dan 31.
yang bermaksud :
(30) “ Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “ Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatanya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat.”
(31) “ Katakanlah kepada wanita yang beriman:”Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya (muka dan kedua tapak tangan) Dan hendaklah mereka menurunkan tudung mereka ke dada mereka, dan tiadalah mereka mendedahkan perhiasan mereka (kecantikan) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak-anak mereka, anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak-anak saudara-saudara mereka, atau anak-anak saudara-saudara perempuan mereka, atau sesama jenis kaum wanita, atau hamba-hamba sahaya kepunyaan tangan kanan mereka, atau lelaki yang menjalankan tugas tetapi tiada mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang disembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya mereka beruntung.”

Sabda Nabi SAW : “ Telah ditentukan ke atas anak Adam bahagiannya dari zina, dan tidak akan terlepas daripadanya: kedua belah mata, zinanya penglihatan; dan kedua belah telinga, zinanya pendengaran; dan lidah, zinanya percakapan; dan tangan, zinanya penganiayaan; dan kaki, zinanya melangkah, dan hati, zinanya mengingini dan mengharapkan; sedangkan kemaluan, zinanya membenarkan atau mendustakan.”
( HR Al- Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a)

Lagi Sabda Nabi SAW : “ Tiga manusia, yang matanya tiada akan melihat Api Neraka; Mata yang sentiasa berjaga-jaga di medan perang (sabilillah), mata yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang menahan penglihatannya kepada larangan Allah.”
( HR Ath- Thabarani )

Allah SWT berfirman dalam Al-Mu’min, ayat 19.
yang bermaksud : (19) “ Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat** dan apa yang disembunyikan oleh hati.”
(** Pandangan yang Terlarang, seperti memandang kepada wanita yang bukan muhrimnya.)

Pakaian yang diperintah, disuruh, dikasihi dan diredai oleh Allah adalah PAKAIAN TAKWA, iaitu mengikut sunnah Nabi Muhammad Saw itulah contoh dan ikutan bagi mereka yang kasih dan cinta kepada ALLAH dan RASULNYA.

Allah SWT berfirman dalam Ali-Imran, ayat 31 dan 32.
yang bermaksud :

(31)Katakanlah : “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku(Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan memgampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang”.
(32)Katakanlah : “Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling (ingkar), maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang KAFIR”.

Allah SWT berfirman dalam AL-ARaaf, ayat 27.
(27) “ Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh Syaitan sebagai mana ia telah mengeluarkan kedua Ibubapamu dari surga, ia meninggalkan keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya Auratnya. Sesungguhnya ia (Syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang TIDAK BERIMAN”.

Mereka berpakaiaan tetapi bertelanjang, meniru pakaian orang KAFIR tajaan YAHUDI dan NASRANI.yang jelas HARAM hukumnya.

Sabda Nabi SAW : “ Ada dua macam penduduk Neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku.
Pertama: Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakannya untuk memukul orang.
Kedua: Wanita-wanita berpakaian , tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu singkat, terlalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat (nampak bentuk badan) atau pakaian yang merangsang lelaki kerana sebahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disanggul) bagaikan punuk (goh) unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk surga, bahkan tidak dapat mencium bau surga.Padahal bau surga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.”
( HR Imam Muslim dari Abu Hurairah R.a)

Dan Sabda Rasulullah SAW : “ Baginda mengutuk laki-laki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti laki-laki “
( HR Imam Bukhari dari Ibnu Abbas R.a)

Dan Sabda Nabi SAW :”Barangsiapa yg menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu”. ( HR Imam Ahmad dan Abu Daud dari Umar R.a)

Dan Sabda Nabi SAW :”Sesungguhnya kamu akan mengikuti perjalanan (cara hidup) umat-umat dahulu (sebelum kamu) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kamu (umat islam) akan ikut masuk juga, Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah kau maksudkan itu Yahudi dan Nasrani? Jawab Nabi saw : Ya! Siapa lagi.”. ( HR Bukhari dari Abu Said R.a)

Dan sabda baginda SAW lagi “ Bukanlah daripada golongan kami (umat islam) siapa yang menyerupai (meniru) selain daripada (cara hidup) kami.Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian). (HR Imam Tirmidzi).

Batas Aurat Bagi Wanita.

Batas aurat bagi pendapat Imam As-shafie.
  1. Aurat wanita merdeka(baligh) dihadapan lelaki ajnabi (bukan mahramnya) ialah Seluruh Tubuh badan, kecuali Muka dan dua Tapak Tangan.Walau bagaimanapun jika memdedahkan Muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan *fitnah maka ketika itu WAJIB pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.
*Fitnah bermaksud menimbulkan perasaan atau keinginan nafsu syahwat lelaki terhadap wanita, sehingga boleh membawa kepada perkara-perkara yang boleh mendekati zina.
2.   Aurat wanita merdeka(baligh) dihadapan Mahramnya ialah antara Pusat dan lututnya. Dan bagi lelaki mahramnya jika menimbulkan fitnah maka lebih utama menutup anggota badannya kecuali anggota tepi badannya seperti kepala dan kedua belah tangannya.

Hukum ini berdasarkan Hadis Nabi SAW bermaksud :
“ Sesungguhnya wanita itu Aurat “

Allah SWT berfirman lagi dalam An-Nur, ayat 31.
yang bermaksud :
(31) “ Katakanlah kepada wanita yang beriman:”Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya (dimuka dan kedua tapak tangan) Dan hendaklah mereka menurunkan tudung mereka ke dada mereka, dan tiadalah mereka mendedahkan perhiasan mereka (kecantikan) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak-anak mereka, anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak-anak saudara-saudara mereka, atau anak-anak saudara-saudara perempuan mereka, atau sesama jenis kaum wanita, atau hamba-hamba sahaya kepunyaan tangan kanan mereka, atau lelaki yang menjalankan tugas tetapi tiada mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang disembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya mereka beruntung.”

Wahai orang yang mengaku dirinya Muslim dan Mukmin, Lihatlah diri kamu benarkah apa yang ada dalam hati kamu? Benarkah apa yang kamu ucapkan dengan lidah kamu? Benarkah apa yang dizahirkan dengan perbuatan kamu?. Atau kamu adalah Pendusta, Pembohong dan Janganlah kamu menjadi seperti orang munafik.

Dan Sabda Nabi SAW, “Empat perkara, barangsiapa berada di dalamnya, menjadilah dia seorang Munafik yang tulen, dan barangsiapa ada padanya suatu sifat daripadanya, maka akan menjadi padanya suatu sifat dari nifak, sehingga dia meninggalkannya. Apabila diamanatkan, dia khianat. Apabila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji, dia mungkir. Dan apabila mendakwa, dia menipu.”
( HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a)

Allah SWT berfirman dalam Ash-Shaf, ayat 2 dan3.
yang bermaksud :
(2) Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu berkata apa yang kamu tiada perbuat?
(3) “ Sangat besarlah Kebencian di sisi Allah, jika kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tiada melakukan!”

Allah SWT berfirman dalam Al-Baqarah, ayat 82.
yang bermaksud :
(82) Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah berserah diri segala yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.

Allah SWT berfirman dalam Al-An’aam, ayat 70.
yang bermaksud :
(70) Dan jauhkanlah diri kamu dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia.Peringatkanlah (mereka) dengan Al-quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan kedalam neraka, kerana perbuatannya sendiri.Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak (pula) pemberi syafaat selain daripada Allah”.

Allah SWT berfirman dalam Al-An’aam, ayat 116.
yang bermaksud :
(116) Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang di muka bumi, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

Allah SWT berfirman dalam Al-Jaatsiyah, ayat 23.
yang bermaksud :
(23) Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”.

Allah SWT berfirman dalam Al-Araaf, ayat 179.
yang bermaksud :
(179) Dan sesungguhnya Kami jadikan (isi neraka jahanam) kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagai binatang ternak, bahkan mereka lebih SESAT lagi, mereka itu orang-orang yang lalai”.

Allah SWT berfirman dalam Al-Hadiid, ayat 20.
yang bermaksud :
(20) Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah  kesenangan yang menipu daya”.

Sila edarkan sebagai sebagai amal makruf dan nahi Mungkar. Berjihadlah kejalan Allah dengan harta dan Jiwa yang dianugerahkan oleh Allah. Kelak kamu akan ditanya kemana dengan harta dan Jiwa digunakan. Wassallam. Amiin.